SPL 10162 PENGENALAN KEPADA INDUSTRI PELANCONGAN DAN HOSPITALITI

Kursus ini mendedahkan pelajar kepada asas sektor pelancongan dan hospitaliti termasuk kepentingan pelancongan kepada host dan komuniti. Pelajar juga akan didedahkan kepada prospek kerjaya, akademik dan keusahawanan yang wujud di dalam indusri pelancongan.

SPL 10183 PERKHIDMATAN PELANGGAN PELANCONGAN

Kursus ini memberi penekanan kepada perkhidmatan pelanggan dalam industri pelancongan. Pelajar  akan didedahkan dengan aspek-aspek seperti portfolio pelanggan, tingkah laku profesional dalam perkhidmatan pelanggan, komunikasi, perkhidmatan kaunter hadapan yang berkesan serta pengurusan aduan dan maklumbalas pelanggan.

SPL 10033 INTERPRETASI PELANCONGAN

Kursus Interpretasi Pelancongan ini menyentuh asas konsep interpretasi dalam industri pelancongan. Kursus ini mengaplikasikan teknik interpretasi yang berkesan dan mengikut trend semasa. Para pelajar akan merancang, menyediakan bahan dalam bentuk digital dan bahan bercetak serta melaksanakan pameran dan pembentangan berkaitan interpretasi pelancongan.

SPL 10023 PERTOLONGAN CEMAS