Program Sijil Pengoperasian Perniagaan (SPP) merupakan program sepenuh masa peringkat
sijil yang ditawarkan dalam tempoh dua tahun, iaitu tiga semester pengajian dan satu semester
latihan industri. Program ini menyediakan dan membekalkan pelajar dengan pengetahuan,
kemahiran dan amalan pengoperasian perniagaan selari dengan keperluan industri. Program ini
turut mendedahkan kemajuan teknologi dan budaya inovasi bersesuaian dengan perkembangan
dan kemahiran berkaitan aspek perniagaan, keusahawanan, perakaunan, statistik dan ekonomi.
Pelajar turut menjalani latihan industri sebagai persediaan awal bagi memenuhi keperluan
pasaran kerja.