Program Sijil Teknologi Penyelenggaraan Kenderaan Pacuan Empat Roda ini direka bentuk bertujuan untuk menghasilkan graduan holistik yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran kompeten dalam memenuhi permintaan tenaga kerja dalam sektor industri automotif. Dalam program ini merangkumi pembelajaran dan pengajaran mengenai sistem kenderaan seperti enjin, roda, brek, stereng, elektrik kenderaan, gantungan, transmisi dan penyamanan udara kenderaan. Selain itu, program ini juga menawarkan kursus seperti Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (Occupational Safety & Health), Khidmat Pelanggan, dan Teknologi Hijau.