Program Sijil Pengembaraan Pelancongan ditawarkan bagi mengikuti perkembangan teknologi yang semakin pesat dan berkembang dalam industri hari ini. Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah bekerjasama dengan pemain industri pelancongan negara dalam menyediakan kurikulum program Sijil Pengembaraan Pelancongan. Kerjasama ini bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan terkini dan kemahiran yang relevan untuk memenuhi cabaran dan keperluan global industri.