MPU12042 Keusahawanan

KURSUS KEUSAHAWANAN ini dibangunkan bertujuan untuk memberi pendedahan asas keusahawanan kepada semua pelajar. Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi ini dapat membantu pelajar menceburi bidang keusahawanan setelah menamatkan pengajian.

  • Enrolled students: 28
MPU13061 Kursus Integriti dan Rasuah

KURSUS INTEGRITI DAN ANTIRASUAH (KIAR) merangkumi konsep asas tentang nilai integriti, bentuk perbuatan rasuah dan salah guna kuasa dalam kehidupan seharian serta dalam organisasi dan langkah-langkah pencegahan rasuah.

  • Enrolled students: 57
MPU11022 Pengajian Malaysia

PENGAJIAN MALAYSIA memperkenalkan kepada pelajar tentang Sejarah negara, sistem politik, pembinaan negara bangsa dan kedudukan Islam dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Kursus ini adalah bertujuan untuk melahirkan graduan yang mempunyai identiti kebangsaan dan semangat patriotisme yang unggul.

CLO 1 : Membincangkan kesedaran terhadap kepentingan identiti kebangsaan kearah mengukuhkan semangat patriotisme (A2, CLS5)

CLO 2 : Mengenalpasti sikap dan tanggungjawab yang signifikan terhadap sistem politik dan pembinaan negara bangsa (A1, CLS3B)

CLO 3 : Mengamalkan sikap yang positif terhadap proses pembinaan hubungan dan interaksi sosial yang baik dalam masyarakat (A2, CLS3F)


  • Enrolled students: 56
SBM10022 Matematik

MATEMATIK memberi pendedahan kepada pelajar tentang konsep asas dalam pengetahuan dan kemahiran Matematik. Pelajar akan mempelajari kuantiti dan unit asas, pengukuran bentuk-bentuk geometri dan konsep persamaan linear. Pelajar juga akan menerokai konsep persamaan algebra melibatkan kemahiran penyelesaian masalah dalam operasi aritmetik algebra.

  • Enrolled students: 11
MPU12062 Bahasa Kebangsaan

BAHASA KEBANGSAAN A menawarkan pengetahuan berkenaan kemahiran berbahasa dari aspek mendengar, bertutur, membaca dan menulis sesuai dengan tahap intelek pelajar. Kursus ini juga diajar dengan tujuan untuk meningkatkan kecekapan berbahasa pelajar dalam konteks rasmi dan tidak rasmi. Kursus ini mensasarkan keberhasilan pencapaian pelajar dengan sekurang-kurangnya mencapai Tahap A2 berdasarkan skala pencapaian pelajar di dalam Common European Framework of Reference (CEFR).

CLO 1 : Menggunakan pelbagai ayat yang gramatis mengikut konteks yang tepat (A1, CLS3B)

CLO 2 : Menulis pelbagai jenis bentuk penulisan dengan jelas dan bersistematik (A2, CLS3B)

CLO 3 : Menunjukkan kaedah bertutur dalam komunikasi lisan dengan sebutan dan intonasi yang betul (A3, CLS3C)


  • Enrolled students: 14
SUE10031 Communicative English

COMMUNICATIVE ENGLISH is aimed to develop and improve students' English Language competencies and confidence to communicate basic personal and non-personal information as well as able to use variety of basic social interactions. Additionally, it is expected that students will also improve their linguistic and non-linguistic competences. Finally, it is hoped that students will be able to function as basic user of English Language at between A1 to A2 levels of Common European Framework of Reference (CEFR).

CLO 1 : Practice basic communication skills in daily usage (A2, CLS3C)

CLO 2 : Perform basic social interactions in daily matters (A2, CLS3B)


  • Enrolled students: 61
MPU13052 Pendidikan Moral

PENDIDIKAN MORAL menekankan aspek kerohanian, kemanusiaan dan kemasyarakatan. Tumpuan khusus akan diberikan dalam aspek pemupukan, penghayatan dan amalan nilai, moral etika dalam agama tradisi dan adat resam pelbagai kaum di Malaysia sejajar dengan nilai murni sejagat. Pemupukan dan penghayatan modul ini akan menyumbang kepada pembentukan insan mulia dan bertanggungjawab selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.


SUE20041 Workplace English

This course is aimed at developing and improving students’ English language competence and confidence to communicate basic personal and non-personal information as well as perform various basic social interactions. Additionally, it is expected that students will also improve their linguistic and non-linguistic competences. Finally, it is hoped that students will be able to function as a basic user of English language at between CEFR A1 to A2 levels.

  • Enrolled students: 24
SBC10022 Aplikasi Komputer

Aplikasi Komputer memberi pendedahan tentang pengetahuan aplikasi komputer dan mempraktikkan penggunaan perisian aplikasi komputer asas yang sesuai dan tertib bagi melaksanakan dokumentasi dan tugasan harian. Pelajar akan diajar kaedah yang betul untuk menggunakan perisian tertentu bagi membina asas dalam penggunaan perisian aplikasi komputer. Pelajar juga akan didedahkan kepada persekitaran perisian atas talian dalam melaksanakan dokumentasi harian.

  • Enrolled students: 33