STS30023 Studio Reka Bentuk 2

STUDIO REKA BENTUK 2 memperkenalkan pelajar kepada prinsip asas dan proses reka bentuk senibina. Pelajar dapat mengembangkan kemahiran reka bentuk bangunan melalui mengaplikasi elemen reka bentuk, menganalisis kajian kes, susunatur ruang, skala dan perkadaran, penyelesaian masalah, lukisan teknikal serta komunikasi yang berkesan. Pelajar juga akan didedahkan dengan asas reka bentuk senibina dan pengetahuan teknikal bagi menghasilkan set lengkap lukisan persembahan reka bentuk sebuah bangunan setingkat berkeluasan maksimum 100 meter persegi dengan menggunakan perisian berbantu komputer.

  • Enrolled students: 28