SPP20203 Mikroekonomi

Mikroekonomi menerangkan tentang konsep dan teori asas ekonomi serta permasalahannya. Penekanan kursus ini adalah terhadap pengetahuan dan pemahaman tentang teori permintaan, penawaran, keseimbangan pasaran, pengeluaran dan kos pengeluaran. Selain itu, kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar dalam menentukan kecekapan pasaran dan kesan campur tangan kerajaan dalam pasaran.