STS30103 Asas Lukisan Terukur

ASAS LUKISAN TERUKUR merupakan salah satu skop kerja dalam bidang

senibina. Lukisan terukur penting bagi kerja-kerja pengubahsuaian bangunan. Selain

itu, ia juga bertujuan menghasilkan lukisan kerja bagi bangunan yang tidak

mempunyai pelan asal. Oleh itu, adalah amat penting bagi para pelajar mengetahui

proses kerja penghasilan lukisan terukur memandangkan kerja-kerja pengubahsuaian

bangunan merupakan salah satu keperluan industri semasa.