STS20092 Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

Kursus KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN memberi pengetahuan dan pendedahan kepada pelajar akan perundangan serta pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Selain itu memfokus kepada budaya kerja dan persekitaran tempat kerja yang selamat dan sihat. Kursus ini juga melatih pelajar berkaitan latihan kebakaran dan pertolongan cemas.