Kursus Pelancongan Rekreasi ini mendedahkan kepada pelajar berkaitan aktiviti rekreasi darat dan air. Melalui kursus ini, pelajar akan didedahkan dengan aktiviti-aktiviti rekreasi seperti kraf perkhemahan, pengendalian tali tinggi, berenang, snorkeling, dan berkayak mengikut prosedur keselamatan yang betul. Pelajar diterapkan dengan konsep konservasi dalam pelaksanaan aktiviti pelancongan rekreasi. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam kursus ini adalah kerja amali, demonstrasi dan simulasi. Pelajar juga mempelajari kemahiran kepimpinan dan kerjasama dalam kumpulan. Di akhir kursus ini, pelajar akan dinilai mengikut pelaksanaan aktiviti yang dijalankan mengikut prosedur keselamatan yang betul.
- Teacher: ZARINA BINTI MOKHTARUDDIN -
- Enrolled students: There are no students enrolled in this course.