SAU10182 SERVIS KENDERAAN

SINOPSIS

Kursus Servis Kenderaan direka bentuk untuk melatih pelajar mengenai servis asas kenderaan dengan mempraktikkan gerak kerja amali sebenar. Pelajar dilatih melakukan kerja menukar minyak pelincir, minyak transmisi manual, minyak transmisi automatik, palam pencucuh, penapis udara dan berupaya mengamalkan ciri-ciri keusahawanan dan kemahiran pengurusan pusat servis kenderaan.

COURSE LEARNING OUTCOMES (CLO)

Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat:

CLO 1: membincangkan pengenalan mengenai kerja menservis kenderaan. (C2, PLO1)

CLO 2: mengikuti langkah kerja menservis kenderaan berpandukan prosedur yang betul. (P3, PLO2)

CLO 3: membincangkan ciri-ciri keusahawanan dan kemahiran pengurusan pusat servis kenderaan. (A2, PLO7)