SAU10172  TEKNOLOGI WOKSYOP

SINOPSIS

Kursus Teknologi Woksyop direka bentuk untuk melatih pelajar mengenai teknologi woksyop dengan mempraktikkan gerak kerja amali sebenar. Pelajar dilatih melakukan kerja mengendalikan bengkel dalam aspek amalan keselamatan dan pengendalian bengkel, peralatan tangan, kerja menggegas dan pengikat berulir.

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS/ COURSE LEARNING OUTCOMES (CLO)

Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat:

CLO1: membincangkan mengenai keselamatan, peralatan dan kelengkapan bengkel automotif.

CLO2: menghasilkan benda kerja menggunakan peralatan tangan, penandaan, pengukuran dan mesin kuasa dengan prosedur yang betul.

CLO3: mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat semasa melakukan kerja di bengkel.