SAU10202 SISTEM STERENG

SINOPSIS

Kursus Sistem Stereng ini direka bentuk untuk melatih pelajar mengenai sistem stereng dengan mempraktikkan gerak kerja amali sebenar. Pelajar dilatih melakukan kerja penyelenggaraan sistem stereng manual, sistem stereng kuasa dan menukar roda stereng.

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS/ COURSE LEARNING OUTCOMES (CLO)

Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat:

CLO1: membincangkan mengenai sistem stereng pada kenderaan. (C2, PLO1)

CLO2: mengikuti langkah kerja penyelenggaraan sistem stereng berpandukan prosedur yang betul. (P3, PLO2)

CLO3: mengamalkan etika dan profesionalisme semasa melakukan penyelenggaraan stereng. (A2, PLO8)