PENYEDIAAN ASAS PENYAMANAN UDARA

Kursus Penyediaan Asas Penyamanan Udara ini direkabentuk untuk melatih pelajar kepada latihan asas kerja-kerja pemasangan dan penyelenggaraan dalam bidang penyejukan dan penyamanan udara bagi memenuhi keperluan kerja berdasarkan permintaan industri. Melalui kursus ini, pelajar akan dilatih dengan pelbagai teknik asas yang penting. Kursus ini ditawarkan bagi membina asas kukuh dalam kerja perpaipan, kimpalan dan kerja pendawaian elektrik yang membolehkan pelajar mempraktikkannya dalam modul yang melibatkan pemasangan dan penyelenggaraan dalam bidang yang berkaitan.