LUKISAN KEJURUTERAAN

Kursus Lukisan Kejuruteraan direkabentuk bagi mendedahkan kepada pelajar asas lukisan teknikal dan pengaplikasian perisian Computer Aided Design (CAD). Di dalam lukisan teknikal, pelajar ditekankan secara praktikal mengenai pengetahuan berkenaan dengan instrumen lukisan manakala bagi teknik melukis menggunakan CAD pula pelajar akan belajar menavigasi dan menggunakan perisian untuk membuat reka bentuk lukisan 2D dalam bidang kejuruteraan secara umumnya ditambah dengan sedikit pengkhususan dalam bidang penyejukan dan penyamanan udara. Di akhir pembelajaran, pelajar akan dapat menunjukkan kecekapan dalam menggunakan beberapa ciri teknikal dalam melukis dengan mematuhi piawaian yang di tetapkan dan mengaplikasi CAD untuk membuat dan memanipulasi objek atau elemen di lukisan kejuruteraan. Selain dari itu pelajar dapat mengenalpasti unsur – unsur atau elemen penyejukan dan penyamanan udara dalam menyediakan lukisan kejuruteraan.